Assalamualaikum.
Telah lama saya pendamkan minat untuk belajar tentang bunga reben kerana tiada peluang. Hanya buku sulaman reben dan sulaman manik dan labuci menjadi peneman setia. Namun begitu baru - baru ini peluang untuk saya belajar terbuka luas. Saya berjaya mengikuti kelas sulaman reben dari modul 1 hingga modul 5 di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Terima kasih kepada guru yang mengajar. Rupanya seni sulaman reben ini perlu dipelajari dengan guru, bukan setakat membaca dari buku sahaja.
Insyaallah, dengan ilmu yang tidak seberapa ini saya akan mendalami lagi seni sulaman reben serta manik dan labuci. Doa dari kawan - kawan saya perlukan untuk saya terus maju ke hadapan.
Terima kasih semua. Salam sayang...
No comments:
Post a Comment